Syarikat di Britain Mula Program Percubaan Kerja 4 Hari Seminggu

Beberapa syarikat di Britain kini sudah mula melaksanakan program percubaan bagi sistem bekerja empat hari seminggu dengan pekerja masih menerima gaji penuh untuk sebulan.

syarikat di britain mula program percubaan kerja 4 hari seminggu

Sistem kerja empat hari seminggu sudah menjadi ikutan beberapa negara dan kini Britain dilihat mahu melaksanakan langkah serupa.

 

Untuk tempoh percubaan itu, lebih 30 syarikat akan mengambil bahagian dalam kempen cara bekerja baharu yang lebih berani ini, yang diketuai oleh 4 Day Week Global dengan kerjasama firma pemikir Autonomy,  kempen 4 Day Week UK dan kumpulan  penyelidik dari Universiti Oxford, Kolej Boston serta Universiti Cambridge.

 

Dalam kajian terbaru, sebanyak 78 peratus pekerja yang bekerja empat hari seminggu adalah lebih gembira dan kurang tekanan.

 

Kempen percubaan selama enam bulan itu akan menilai sama ada pekerja daripada firma-firma yang terlibat berupaya melaksanakan produktiviti 100 peratus atau sekurangnya 80 peratus.

 

Terdahulu, dalam kempen percubaan sistem bekerja empat hari seminggu di Iceland pada 2015 hingga 2019, respon oleh pekerja yang terlibat amat luar biasa. Pekerja juga didapati kurang tertekan dan mempunyai gaya hidup  seimbang, selain majikan mendapati bahawa tiada pengurangan dari segi produktiviti atau penyediaan perkhidmatan.

 

Sumber: [1]

 

 

ARTIKEL BERKAITAN