Brazil Minta Wanita Tangguh Hasrat Mengandung

Kementerian Kesihatan Brazil meminta wanita dinegara terbabit untuk menangguhkan seketika hasrat untuk mengandung.

brazil minta wanita tangguh hasrat mengandung

Ia susulan kes COVID-19 yang masih teruk dinegara terbabit yang mana akan memberikan kesan kepada ibu dan anak yang akan dilahirkan.

 

"Jika boleh, tangguhkan mengandung untuk seketika sehingga waktu yang lebih baik di mana anda akan mengandung dengan lebih tenang.

"Ketika negara dilanda wabak Zika, kita tahu jumlah mereka yang mengandung berkurangan untuk tempoh satu hingga dua tahun dan kini meningkat kembali," kata Setiausaha Kementerian Penjagaan Kesihatan Utama, Raphael Parente.

 

Ketika wabak Zika menular di Brazil pada 2015 hingga 2016, wanita yang merancang kehamilan perlu menangguhkan hasrat itu sementara kerana bimbang akan kesihatan bayi. Ia membuatkan jumlah kelahiran pada 2016 di Brazil adalah paling rendah dalam tempoh 21 tahun, namun angka itu meningkat tiga tahun kemudian.

brazil minta wanita tangguh hasrat mengandung

Katanya, permintaan itu juga tidak sesuai dinyatakan kepada wanita berusia 42 hingga 43 tahun.

"Namun untuk wanita muda mereka boleh memilih waktu yang sesuai untuk mengandung selepas wabak ini kembali reda," kata Parente.

 

Dalam satu laporan, wabak COVID-19 boleh menyebabkan gumpalan darah yang memberi risiko penyakit berbahaya kepada wanita mengandung.

 

Sumber: The Guardian

 

ARTIKEL BERKAITAN