Bukannya Sombong Tapi Brad Pitt Alami Penyakit Prosopagnosia

William Brad Pitt atau lebih dikenali sahaja sebagai Brad Pitt merupakan pelakon popular Hollywood dan pernah dinobatkan sebagai pelakon lelaki paling seksi pada tahun 2000.

bukannya sombong tapi brad pit alami penyakit prosopagnosia

Bagaimanapun ramai yang beranggapan Brad Pitt sebagai sombong kerana selalu tidak mengenali individu lain dan juga mempunyai masalah bergaul dengan orang sekeliling.

.

Namun hasil pemeriksaan mendapati Pitt sebenarnya menghidap penyakit prosopagnosia, iaitu keadaan yang menyebabkan dirinya tidak mampu mengenal dan membezakan wajah seseorang.

bukannya sombong tapi brad pit alami penyakit prosopagnosia

Disebabkan itu, bekas suami kepada pelakon Angelina Jolie itu sukar untuk mengenali dan membezakan wajah orang lain sehingga dia dituduh sebagai sombong.

.

“Saya pernah memberitahu orang ramai tentang masalah ini, namun tiada siapa yang percaya. Saya menjadi takut apabila memikirkan orang-orang akan menganggap saya sombong dan tidak mahu bergaul.

“Hakikatnya saya mempunyai masalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang ramai,” dedahnya.

.

Disebabkan masalah itu jugalah Pitt sering mengasingkan diri dari masyarakat dan juga keluarga sehingga menimbulkan kerinduan terhadap mereka.

.

“Saya selalu berasa sendirian dalam hidup. Saya rindukan pelukan teman-teman dan juga keluarga,” katanya.

bukannya sombong tapi brad pit alami penyakit prosopagnosia

Beberapa kajian terdahulu  telah menunjukkan bahawa sebanyak 1 dalam 50 orang mungkin mempunyai prosopagnosia, yang bersamaan dengan kira-kira 1.5 juta orang di UK.

.

Sumber: [1], [2]