Bosan Main Game Sambil Duduk Je? Kerusi Bernilai RM13,000 Ni Boleh Beri Posisi Lain

bosan main game sambil duduk je? kerusi bernilai rm13,000 ni boleh beri posisi lain

Korang dah bosan main game secara duduk dan nak cuba posisi lain seperti baring dan posisi lain?

Nah, kami nak cadangkan korang beli kerusi ala-ala dan bergerak seperti kalajengking ni. Kerusii Cluvens Scorpion Computer Cockpit ini boleh meliuk lentuk sehingga 170 darjah. Kalau korang rasa nak ala-ala separa baring boleh je set kan pada 128 darjah dengan zero gravity.

bosan main game sambil duduk je? kerusi bernilai rm13,000 ni boleh beri posisi lain

Kerusi ini mempunyai lapan kaki yang memberi sokongan. Jadi, tak perlu risau soal keselamatan. Kemudian, kerusi ini mempunyai ekor di mana ia dapat memberi sokongan tambahan.

Korang boleh adjust jarak dan darjah ekor yang korang mahukan dengan hanya menggunakan kawalan yang terdapat pada kerusi tersebut. Perghhh!

bosan main game sambil duduk je? kerusi bernilai rm13,000 ni boleh beri posisi lain

Sumber: Peta Pixel