“Boleh Ziarah Kubur Tapi Tak Digalakkan!”- Datuk Seri Ismail Sabri

“boleh ziarah kubur tapi tak digilakkan!”- datuk seri ismail sabri

Walaupun dah masuk raya kedua, aktiviti menziarahi kubur adalah aktiviti utama orang ramai bila nak dekat raya. Kementerian Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata ‘boleh ziarah kubur, tetapi tak digalakkan. Maksudnya ini bukan larangan tetapi sebahagian daripada nasihat. Ini adalah langkah keselamatan dan untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Walaupun kerajaan sudah banyak memberikan kelonggaran tetapi kita masih dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Rakyat harus mempunyai disiplin yang baik dalam untuk menangani masalah COVID-19 kerana isu ini akan mungkin terus berada di sekitar kita kurang lebih 2 tahun. Jadi walaupun undang undang telah di tetap kan, rakyat perlu mengawal penyebaran wabak COVID-19 dengan mengamalkan ‘kawalan kendiri’.

Contoh seperti ziarah kubur, kerajaan menasihatkan supaya tidak menziarahi kubur dan ia bukan larangan. Semua terletak pada diri anda, jika anda tidak mahu merisikokan diri anda, jangan la ziarah kubur pada waktu sekarang – Cuma nasihat. Bagaimanapun, terdapat beberapa negeri yang telah melarang umat Islam daripada melakukan aktiviti tersebut untuk menghalang penyebaran COVID-19. 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: ziarahkubur