sooka Kini Boleh Diakses Menerusi Smart TV, Hanya Perlu Langgan Pelan VIP TV

Aplikasi penstriman hiburan, sooka mengumumkan hari ini pelancaran pelan VIP TV terbarunya dalam kerjasama dengan jenama-jenama Smart TV bersama Samsung, LG, Sharp dan Sony.

sooka kini boleh diakses menerusi smart tv, hanya perlu langgan pelan vip tv

Pelan VIP TV membolehkan pengguna untuk menikmati kandungan premium sooka, terutamanya aksi sukan LIVE tempatan dan antarabangsa, aksi hiburan LIVE dan hiperlokal, dan  kandungan Original sooka tersendiri, secara terus di kaca televisyen.

.

Dilancarkan di Malaysia setahun yang lalu, sooka membolehkan rakyat Malaysia untuk menstrim konten di mana-mana sahaja dari peranti mudah alih mereka, dan kini memberikan para pengguna kebebasan untuk menstrim kandungan premium sooka di skrin lebih besar bersama orang tersayang di keselesaan rumah masing-masing.

sooka kini boleh diakses menerusi smart tv, hanya perlu langgan pelan vip tv

Untuk merasai pengalaman menonton sooka di kaca TV, pengguna boleh melanggani pelan VIP TV pada harga RM84.90 sebulan. Pelan VIP TV memberikan akses kepada semua kandungan premium yang terdapat di dalam pelan VIP+Sports dan VIP Entertainment yang sedia ada, yang membenarkan akses tontonan serentak kepada satu Smart TV serta dua peranti mudah alih.

.

Bermula 16 Jun 2022 hingga 15 Julai 2022, pelanggan baru yang melanggan VIP TV juga dapat menikmati promosi ‘Beli 1 bulan, PERCUMA 1 bulan’ untuk semua pembelian di laman web sooka.my, di mana pelanggan akan menerima langganan bulan kedua secara percuma.

.

Pelanggan boleh melayari laman langganan sooka di aplikasi mudah alih atau laman web rasmi untuk melanggan pelan VIP TV, dan muat turun aplikasi sooka di stor aplikasi Smart TV rakan kongsi yang disebut untuk menikmati pengalaman menonton di skrin besar. Seperti pelan mudah alih VIP+Sports dan VIP Entertainment yang sedia ada, VIP TV adalah bebas kontrak dan bebas komitmen jangka panjang.

.

Untuk perkembangan terkini dan promosi, sila ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

.

* Promosi ini hanya untuk langganan menerusi laman web dengan pembayaran menerusi kad debit atau kredit sahaja.

*Promosi sah kepada pelanggan baru VIP TV sahaja.