Boleh Solat Jemaah Tanpa Jarak Di Wilayah Mulai 1 April

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai 1 April ini.

boleh solat jemaah tanpa jarak di wilayah mulai 1 april

Menerusi satu kenyataan, Jawi juga menetapkan supaya jemaah digalakkan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika berada di masjid/surau.

.

Menurut pengarahnya, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, kebenaran itu diberi kepada semua tanpa had umur dan mereka yang telah menerima suntikan vaksinasi COVID-19.

.

“Selain itu, masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan.

“Manakala qiamullail pula dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau mulai tengah malam,” katanya menerusi satu kenyataan.

.

Selain itu, majlis berbuka puasa, moreh dan sahur juga dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau dalam wilayah persekutuan, namun makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.

.

Tambah lagi, aktiviti bertadarus juga dibenarkan untuk dilaksanakan pada mana-mana waktu yang sesuai dalam bentuk kumpulan kecil di masjid atau surau.

.

Ketetapan terkini solat berjemaah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

boleh solat jemaah tanpa jarak di wilayah mulai 1 april

Sumber: [1]

 

 

 

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN