Buat Report Polis Palsu Konon IC Hilang Boleh Kena Penjara!

Amaran buat mereka yang cuba membuat laporan polis palsu kononnya kad pengenalan hilang akibat disamun atas cubaan untuk elak bayar denda IC hilang kerana anda boleh didakwa di mahkamah.

buat report polis palsu konon ic hilang boleh kena penjara!
 
Trend membuat laporan polis palsu kononnya disamun hingga kehilangan kad pengenalan MyKad ini adalah dengan tujuan keengganan daripada membayar denda IC hilang.

"Tahun lalu 18 laporan palsu berkaitan itu direkodkan, dengan 13 kes sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan (KK), manakala bakinya masih lagi dalam siasatan.
 
"Bagi tahun ini, sehingga Februari lalu, sebanyak tujuh laporan palsu berkaitan direkodkan dan daripada jumlah itu, dua kes sudah dituduh di mahkamah mengikut seksyen sama, manakala selebihnya masih disiasat," kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
 
Mana-mana pesalah yang membuat laporan palsu ini boleh dikenakan hukuman penjara hingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 182 KK.

Menurut Jabatan Pendaftaran Negara, berikut adalah kadar bayaran denda bagi mana-mana kes kehilangan kad pengenalan sama ada warganegara mahupun bukan warganegara:

buat report polis palsu konon ic hilang boleh kena penjara!
buat report polis palsu konon ic hilang boleh kena penjara!

 
Sumber: HMetro
 
 

ARTIKEL BERKAITAN