Pakai Sunblock Di Thailand Boleh Didenda Sehingga RM12,750

Negara jiran, Thailand kini sedang merangka pelaksanaan undang-undang bagi melarang penggunaan krim pelindung matahari atau sunblock, khasnya dikawasan taman marin negara berkenaan.

pakai sunblock di thailand boleh didenda sehingga rm12,750

Ia selepas bahan terbabit terbukti boleh memusnahkan dan merencatkan pembiakan terumbu karang kerana mengandungi bahan kimia merbahaya.

 

Menurut Jabatan Pemuliharaan Thailand, terdapat empat bahan yang biasa wujud dalam krim pelindung matahari iaitu oxybenzone, octinoxate, 4-methylbenzylidene camphor atau butylparaben.

 

Bagi mereka yang didapati menggunakan krim pelindung matahari termasuklah pelancong, boleh dikenakan denda sehingga 100,000 Bath atau bersamaan kira-kira RM12,750. Pun begitu, mereka tidak menyatakan bagaimana untuk menguatkuasakan peraturan baharu itu.

 

Larangan yang serupa telah diperkenalkan oleh Pulau Pasifik dan Hawaii dalam usaha melindungi terumbu karang bagi industri pelancongan mereka.

 

Menurut rekod, Maya Bay di Pulau Phi Phi Leh telah ditutup sejak 2018 kerana sebahagian besar terumbu karang disitu dilaporkan rosak.

 

Sumber: Astro Awani