Awas, Penjara Menanti Jika Tipu MySejahtera!

Mana-mana individu khasnya pengembara yang didapati menipu maklumat dalam aplikasi MySejahtera akan berdepan dengan tindakan penjara dan denda.

awas, penjara menanti jika tipu mysejahtera!

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana individu memberikan maklumat palsu ketika mengisi maklumat di aplikasi tersebut.

.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

“Sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta 342, sama ada didenda atau dipenjara atau kedua-duanya.” Katanya.

.

Perkara itu berikutan kebenaran masuk melalui sempadan darat Malaysia-Singapura mulai 1 April 2022, khas kepada yang telah lengkap vaksinasi, tanpa perlu jalani kuarantin dan ujian COVID-19.

.

Sumber: [1]