BLACKPINK Pecah Rekod 1 Bilion Buat Kali Keempat

Kumpulan gadis K-Pop masyhur, BLACKPINK sekali lagi mencipta rekod terbaru mereka apabila video muzik “As If It’s Your Last” yang dikeluarkan berjaya melepasi 1 bilion tontonan di YouTube!

blacpink pecah rekod 1 bilion buat kali keempat

Lagu yang dikeluarkan pada 2017 itu melepasi jumlah tontonan yang hebat itu pada 23 April sekitar jam 6:51 petang KST.

“As If It’s Your Last” merupakan video muzik keempat BLACKPINK yang mencapai 1 bilion tontonan setelah “DDU-DU DDD-DU”, “Kill This Love” dan “BOOMBAYAH”,

Lebih mengagumkan, BLACKPINK merupakan satu-satunya artis Korea yang berjaya mencapai kejayaan sebegitu.

Tahniah BLACKPINK!

 

Sumber: [1]