Lepas Enam Tahun, BLACKPINK Cipta Sejarah Terbaru Di Youtube!

Kumpulan K-pop yang tidak asing lagi, BLACKPINK kini mencipta sejarah tersendiri di Youtube.

lepas enam tahun, blackpink cipta sejarah terbaru di youtube!

Menurut laporan, BLACKPINK menjadi satu-satunya artis yang paling tinggi bilangan subscriber Youtube dengan jumlah melebihi 80 juta.

 

Kumpulan yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose ini mengambil masa lebih enam tahun dan dua bulan untuk mencapai kejayaan itu. Mereka membuka saluran rasmi Youtube pada 28 Jun 2016 dan meraih puluhan juta tontonan untuk setiap video mereka.

lepas enam tahun, blackpink cipta sejarah terbaru di youtube!

Bukan sahaja di Youtube, BLACKPINK turut mencipta pelbagai rekod dan sejarah mereka tersendiri seperti kumpulan gadis paling ramai pengikut di Spotify dan pelbagai kejayaan lain sehinggakan Forbes Korea Power Celebrity menamakan BLACKPINK sebagai selebriti paling berkuasa Korea Selatan pada 2019 dan selebriti ketiga paling berkuasa pada 2020.

 

Sumber: Astro AWANI