Bintang Squid Game, Jung Ho Yeon Bakal Berlakon Dalam Video Muzik The Weeknd

Penyanyi terkemuka, The Weeknd atau nama sebenarnya Abel Makkonen Tesfaye membuat pengumuman menerusi Twitter bahawa dia akan mengeluarkan video muzik terbaru, “Out of Time” awal minggu depan.

bintang squid game, jung ho yeon bakal berlakon dalam video muzik the weeknd

Bagaimanapun, apa yang paling menarik perhatian orang ramai mengenai pendedahan itu ialah muzik video tersebut yang bakal menampilkan bintang siri popular Korea, Squid Game iaitu Jung Ho Yeon!

Tahun lalu, The Weeknd pernah menyiarkan gambar Jung Ho Yeon di Instagramnya pada Oktober 2021 sehingga membuatkan ramai peminat melakukan andaian mereka bahawa penyanyi itu juga menonton siri popular Squid Game.

Jung Ho Yeon pertama kali melakukan penampilan sulungnya pada tahun 2013 selepas menduduki tempat ketiga dalam program realiti model, Korea Next Top Model 4.

Tahun lalu, model wanita jelita itu mengambil tugasan lakonan pertamanya dan memukau penonton di seluruh dunia dengan persembahan dramatiknya dalam Squid Game.

 

Sumber: [1]