Bintang Squid Game, Lee Jung Jae Arah Filem Pertama

Bintang Squid Game, Lee Jung Jae melebarkan sayapnya sebagai penulis, pengarah dan penerbit menerusi filem pertamanya, Hunt.

bintang squid game, lee jung jae arah filem pertama

Hunt, yang berkisarkan filem ngeri berkenaan pengintip, juga dilakonkan Lee sendiri dan ditayangkan menerusi tayangan perdana di Festival Filem Cannes.

Filem yang pantas dan penuh aksi itu mengisahkan dua perisik Korea Selatan yang ditugaskan untuk menyiasat perisik Korea Utara, yang mana mereka berakhir dengan menyiasat satu sama lain dalam proses itu.

Lee, 49, membintangi filem tersebut sebagai salah seorang pengintip di samping rakan lama dan rakan kongsi perniagaannya, Jung Woo Sung.

Beliau berkata kerjayanya selama hampir tiga dekad sangat membantu apabila melangkah di belakang lensa.

“Saya telah berlakon dalam banyak genre yang berbeza dan saya boleh ingat adegan yang saya rakam sebagai pelakon yang sukar untuk difilemkan atau yang tidak keluar seperti yang saya jangkakan,” katanya kepada Reuters.

“Saya cuba mengingati adegan itu semasa saya menulis skrip untuk memastikan saya boleh menjadi seefektif mungkin semasa mengarah,” tambahnya.

Lee membuat kemunculan sulungnya di festival filem berprestij itu selepas kejayaan siri Netflix lakonannya, Squid Game yang menjadi siri fenomena di seluruh dunia.

“Saya sangat bersyukur kerana saya membuat penampilang sulung saya sebagai pengarah semasa kebangkitan budaya Korea ini,” kata Lee.

“Saya berharap dapat bertemu penonton antarabangsa dan peminat lebih kerap dengan filem dan kandungan lain juga.”

Pun begitu, akuinya, beliau tetap gemarkan dirinya sebagai seorang pelakon.

“Saya seorang pelakon. Ia adalah identiti saya. Jadi, saya paling suka berlakon,” katanya.


Sumber: [1]