Bintang Cikgu V. Komathy Bersinar!

Cemerlang berganda-ganda! Tahniah cikgu V. Komathy dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent, Ipoh. Anugerah antarabangsa Global Teacher Award 2021 jadi miliknya! 

bintang cikgu v. komathy bersinar!

Kira-kira 26,000 pendidik dari seluruh negara masuk pertandingan ni dan wakil Malaysia menang. Memang hebat! Bukan mudah nak menang pertandingan macam ni. Pulak tu bila saingan ramai dah tentulah sengit. Dah tentu pengorbanan dan kualiti pendidik yang ada kat cikgu V. Komathy antara resepi kejayaannya. Rupa-rupanya banyak dah rekaan dan produk inovatif cikgu subjek kimia ni hasilkan. Antaranya kad permainan yang meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula kimia. Satu lagi ialah inovasi daripada bahan sisa pertanian yang boleh menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar. Kedua-dua ni jugak dapat pengiktirafan antarabangsa. Fuh terbaik!  Dalam sibuk dengan komitmen sebagai guru, sempat berinovasi cipta macam-macam, cikgu V. Komathy jugak sedang melanjutkan pengajian peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang kimia. Nilah definisi hebat mencecah bintang! Semoga akan ada lebih banyak lagi kejayaan untuk cikgu dan pendidikan Malaysia. Terima kasih cikgu!

 

Oleh: KJ

Sumber & foto: AWANI, BERNAMA, Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro & internet