Bila Orang Jepun Cuba Cakap English Style Orang Malaysia! Lawak Weh

bila orang jepun cuba cakap english style orang malaysia! lawak weh

Antara keunikan dekat Malaysia ni, selain daripada berbilang kaum dan bangsa, adalah kepelbagaian dialek dan slang dalam perbualan harian. Kalau pergi area utara, dia punya dialek lain. Kalau Pantai Timur pula lain bunyi dia. Macam tu juga area Barat dan Sabah dan Sarawak. Masing-masing ada keunikan yang tersendiri.

Benda ni mungkin nampak biasa bagi kita tapi orang luar negara sangatlah teruja dengan keunikan ni. Sebagai bukti, seorang lelaki dari Jepun ni telah memuat naik satu video beliau mencuba bercakap English dengan gaya orang Malaysia.

Video tersebut telah dimuat naik melalui akaun twitternya @DB_Daijiro dan mula mendapat perhatian daripada netizen. Dalam video tersebut, Dajiro membuat perbualan di antara orang Malaysia dan Jepun dalam Bahasa Inggeris dengan slang masing-masing.

Apa yang lebih mengujakan adalah usaha Dajiro untuk menunjukkan bahawa beliau sedang meniru gaya orang Malaysia dengan meletakkan latar belakang negara kita.

Kalau korang tengok mesti korang boleh relate dan boleh tergelak sorang-sorang sebab korang pun pernah buat dan bercakap sedemikian. Alah mengaku je lah!

Daijiro juga ada memuat naik video tersebut pada saluran YouTubenya. Jadi, kalau korang nak tengok, boleh ke YouTube Daijiro

Sumber:  @DB_Daijiro/Twitter

ARTIKEL BERKAITAN