BIGBANG Selesai ‘Shoot’ Video Muzik Terbaru, Bakal Muncul Semula Sikit Je Lagi

Kumpulan K-Pop terkemuka dunia iaitu BIGBANG dikatakan telah menamatkan penggambaran untuk video muzik mereka pada minggu lalu dan kini sedang bersedia untuk membuat kemunculan semula yang sangat ditunggu-tunggu.

bigbang selesai ‘shoot’ video muzik terbaru, bakal muncul semula sikit je lagi

YG Entertainment mengesahkan berita itu dan berkata ia akan mengumumkan lebih banyak butiran termasuk tarikh tayangan video muzik itu tidak lama lagi.

Bulan lalu, syarikat itu secara rasmi mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengeluarkan muzik baru menjelang musim bunga ini.

Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah pada Mac 2018 menerusi single “Flower Road”.

Dalam tempoh empat tahun lalu, Seungri meninggalkan BIGBANG pada 2019 selepas terpalit dalam skandal.

Sementara itu, T.O.P yang tidak memperbaharui kontrak eksklusifnya bersama YG Entertainment akan menyertai kemunculan semula terbaru mereka di samping menyertai aktiviti kumpulan itu bila-bila masa mengizinkan, seperti mana yang dilaporkan oleh media tempatan.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN