Wanita Tak Sedar Bibir Disengat Lipan Sewaktu Tidur

Seorang wanita langsung tidak menyedari dirinya disengat seekor lipan semasa beliau sedang nyenyak tidur.

wanita tak sedar bibir disengat lipan sewaktu tidur

Kejadian berlaku di Sao Vicente, Brazil selepas Nataly Galdino, 21, tidur pada waktu malam dan disengat haiwan berbisa itu.

 

Ekoran kejadian, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital selama dua hari susulan terkena sengat serangga itu.

 

“Saya tarik dan ia tidak mahu lepas. Saya cuba selama lima saat, dengan kesakitan yang tidak tertanggung.

“Saya bangun dari katil untuk mengjidupkan lampu. Saya lihat terdapat seekor lipan di mulut,” ujanya.

wanita tak sedar bibir disengat lipan sewaktu tidur

Tidak dapat dipastikan dari mana lipan itu muncul, namun kesan dari sengatan lipan itu membuatkan bibir wanita ini mengalami bengkak.

wanita tak sedar bibir disengat lipan sewaktu tidur

Insiden itu juga menyebabkan Natalie mengalami sesak nafas hingga memerlukan rawatan perubatan.

 

Sumber: [1]