‘Otak Wanita Macam Roti Jala,’ Pakar Dedah Sebab Wanita Sering Emosi

Kita semua sedia maklum terdapat banyak perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita. Salah satu daripadanya adalah emosi.

‘otak wanita macam roti jala,’ pakar dedah sebab wanita sering emosi

Tidak dinafikan wanita sering beremosi dalam banyak perkara. Jika di bandingkan dengan lelaki, banyak perkara yang membuatkan wanita menjadi resah meskipun ia hal yang kecil.

 

Memetik laporan daripada kajian yang dibuat sekumpulan penyelidik dari University of Pennsylvania, otak lelaki dan otak wanita adalah sangat berbeza yang mana menjelaskan sebab kenapa wanita sering beremosi dalam segenap perkara.

 

Baca penerangan yang dibuat oleh Dr Azuraida Shahadan, Pakar Kepimpinan Diri Keluarga & Organisasi disini:

‘otak wanita macam roti jala,’ pakar dedah sebab wanita sering emosi

Otak Lelaki Terdiri Daripada Kotak Kecil

 

Sebenarnya, otak lelaki terdiri daripada kotak kotak kecil, yang tidak berhubung sesamanya.

 

Kotak ini independent dan tidak bersandar dengan kotak-kotak lain. Dalam erti kata mudah, ada compartment khas untuk setiap perkara.

 

Contoh, lelaki ada kotak untuk kereta, kotak untuk wang, kotak untuk pekerjaan, untuk anak-anak, kotak untuk isteri, kotak untuk ibu bapa dan lain-lain.

 

Ketika seseorang lelaki membincangkan subjek tertentu, mereka akan pergi specifically ke kotak yang sesuai, membukanya, membincangkan hanya isi kotak itu dan kemudian setelah selesai, mereka akan menutup semula kotak tersebut dengan harapan tidak menyentuh atau mengganggu kotak lain.

‘otak wanita macam roti jala,’ pakar dedah sebab wanita sering emosi

Otak Wanita Kotak Bertali yang Besar dan Terhubung

 

Otak wanita terdiri daripada kotak bertali yang besar dan semuanya terhubung dengan satu sama lain dengan ikatan yang teguh, macam roti jala -- berserat dan berhubung dan kesemua kotak dihubungkan dengan ‘emosi’.

 

Ini adalah salah satu sebab mengapa wanita cenderung beremosi, mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara lain dan mengingati banyak perkara.

 

Selain itu, wanita juga tak boleh duduk diam, kerana ikatan yang ada pada kotak-kotak ini. Walaupun hakikatnya wanita ada “kotak diam”, namun ia terikat dengan kotak-kotak lain yang tak reti duduk diam.

 

Anyways, tahu tak kotak kegemaran lelaki yang menjadi kebencian perempuan tu apa?

‘otak wanita macam roti jala,’ pakar dedah sebab wanita sering emosi

A BOX OF NOTHING.

Kotak yang tak ada apa di dalamnya. Yes. Nothing.

 

Percaya atau tidak, kadang-kadang kaum lelaki ini memang tak ada apa yang difikirkan dalam fikiran mereka, just nothing.

 

Jadi jangan marah bila anda tanya: “How was your day today?” Dia jawab “okay”.

 

Sepatah sahaja walaupun sehari ada 9 jam di tempat kerja.

 

Paling win, kalau kita jumpa kawan lelaki yang dah 5 tahun tak jumpa, dan kita tanya: “How was your life”. Dia jawab “okay lah.”

 

Lima tahun kehidupan disimpulkan dengan sepatah perkataan.

 

Inilah istimewanya ciptaan Tuhan. Lelaki diciptakan lebih fokus dalam melakukan sesuatu, namun wanita diciptakan untuk lebih multitask dalam melakukan sesuatu.

 

Embrace the differences!

 

Sumber: [1], [2]

ARTIKEL BERKAITAN