Sebagai seorang pekerja di Malaysia, kita berhak mendapat beberapa jenis cuti yang berbeza sepertimana diperuntukan oleh Akta Kerja 1955.
Cuti berkanun atau statutori bermaksud jumlah minimum cuti wajib pekerja yang bergaji dalam setahun, berhak dinikmati oleh pekerja.
Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), cuti adalah satu kemudahan yang diberikan oleh Kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam.
Terdapat perbezaan antara cuti tahunan, cuti sakit dan kebenaran tidak hadir bekerja atas sebab kecemasan am, seperti berikut:
Menurut Akta Kerja 1955, terdapat enam jenis cuti yang layak untuk pekerja, seperti:
- Cuti sakit
- Cuti umum
- Cuti tahunan pekerja
- Cuti bersalin
- Cuti paterniti
- Cuti pilihan lain seperti cuti kahwin, cuti belajar, cuti ihsan, cuti umrah/haji, dll.
Sumber: JPA / Legal Advice