Penampilan seseorang individu penting dalam daya tarikan, sama ada bagi tujuan peribadi, mahupun secara amnya.
Selain cara berpakaian, penampilan pada wajah seperti berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing.
Sejak dari dahulu lagi, lelaki yang mempunyai bulu di wajah sering dianggap sebagai satu simbol kelakian. Maka, disebabkan itu, ramai wanita mungkin lebih tertarik dengan lelaki yang mempunyai misai mahupun janggut dan jambang, berbanding mereka yang ‘clean’.
Memetik hantaran dari portal Maskulin, ada beberapa sebab yang mungkin digunapakai kepada persoalan mengapa wanita lebih suka lelaki bermisai, seperti berikut:
1. Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan pakaian yang nampak stailo. Misai membuatkan lelaki nampak yakin dan berkeyakinan tinggi.
2. Lelaki bermisai dianggap lebih matang.
3. Ramai lelaki bermisai nampak ‘macho’, cukup dengan satu senyuman manis sudah pasti buatkan hati gadis berdebar.
4. Lelaki yang menjaga misai mereka dengan rapi dilihat sebagai seorang kemas.
5. Lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampatan.
6. Misai juga membawa simbol kedewasaan dan matang. Wanita suka kepada lelaki yang matang, dan bukannya keanak-anakan.
Namun begitu, bulu yang tumbuh diwajah dan tubuh badan seseorang adalah berkait rapat dengan hormon serta genetik. Tidak semua lelaki mempunyai jambang atau mungkin misai serta janggut mereka lebih nipis berbanding orang lain.
Apa pendapat anda? Adakah anda suka lelaki bermisai atau sebaliknya? Berikan pendapat anda di komen!
Sumber: Maskulin