Betul Ke Mitos Kucing Ada 9 Nyawa?

Sering kali kita terdengar tentang ‘kucing mempunyai sembilan nyawa’ kerana keistimewaannya yang memiliki sembilan nyawa.

betul ke mitos kucing ada 9 nyawa?

Tapi, sejauh manakah kebenaran itu dan macam mana boleh timbulnya mitos ‘sembilan nyawa’ itu?

Mungkin bunyinya sedikit pelik, tetapi seperti makhluk hidup yang lain, kucing juga mempunyai satu nyawa.

Memang terdapat mitos yang mengatakan binatang ini mempunyai banyak nyawa.

Misalnya, di wilayah tertentu di Sepanyol, kucing dipercayai mempunyai tujuh nyawa, legenda Turki dan Arab pula mengatakan yang binatang ini mempunyai enam nyawa.

Turut tidak ketinggalan, orang Yunani kuno pula percaya angka sembilan merujuk kepada triniti dan angka ghaib yang menerapkan tradisi dan agama.

Namun ia sememangnya tidak dapat disangkal lagi, kucing mungkin merupakan haiwan peliharaan yang paling bijak berdikari dengan kehidupan luar.’

Berikut merupakan beberapa aspek dalam anatomi kucing:

  • Kucing mempunyai permukaan badan yang besar berbanding berat badan, menjadikan ia berupaya mengurangkan daya hentakan apabila terjatuh
  • Kucing biasa memanjat, jadi ia dengan mudah dapat menyesuaikan diri apabila jatuh dari satu ketinggian
  • Kucing mempunyai ‘righting reflex’ yang membolehkan badan dipusing dan mendarat dengan selamat menggunakan kaki
  • Kucing mempunyai fleksibiliti pada tulang dan ligamen, ia membantu mengelakkan kecedaraan parah

Senang cerita, binatang ini merupakan ciptaan tuhan yang pintar dan intuitif.

Mereka memiliki refleks sepantas kilat, selain kemahiran melakukan keputusan dengan cepat dan ketangkasan luar biasa.

Walaubagaimanapun, sebagai pemelihara kucing, ia tidak bermaksud yang kita boleh lalai dan tidak perlu memantau si comel ini.

Kerana di penghujung hari, kucing hanya memiliki satu nyawa yang tiada galang ganti.

 

Sumber: [1]