Beruk Dan Kera Juga Disuntik Vaksin COVID-19

Ketika ini, vaksin COVID-19 sedang diedarkan kepada orang ramai dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut daripada terus merebak.

beruk dan kera juga disuntik vaksin covid-19
 
Namun begitu, penyebaran virus COVID-19 bukan terhad dalam kalangan manusia, malah haiwan seperti monyet dan harimau juga pernah dijangkiti virus berkenaan tahun lalu.
 
Justeru, bagi mengelakkan ia daripada berlaku, sembilan ekor beruk dan kera di Amerika Syarikat kini menjadi kumpulan haiwan pertama disuntik dengan vaksin COVID-19.

beruk dan kera juga disuntik vaksin covid-19
 
Haiwan yang ditempatkan di Zoo San Diego, California itu juga disahkan dijangkiti COVID-19 daripada kakitangan zoo pada Januari lalu.
 
Tambah lagi, empat orang utan dan lima cimpanzi, bonobo masing-masing diberikan dua suntikan vaksin yang dibuat khusus untuk haiwan oleh syarikat farmaseutikal veterinar.
 
"Selepas lapan gorila jatuh sakit pada Januari lalu, Zoo San Diego menerima vaksin eksperimen COVID-19 untuk disuntik kepada kumpulan haiwan itu," tulis syarikat farmaseutikal, Zoetis di Twitter.
 


 
Pegawai Kesihatan dan Pemuliharaan Hidupan Liar, Zoo San Diego, Nadine Lamberski berkata, penggunaan vaksin eksperimen pada haiwan di zoo adalah perkara luar biasa.
 
 
Sumber: Nat Geo
 

 

ARTIKEL BERKAITAN