Cuaca Terlampau Panas, Ribuan Burung Jatuh Dari Langit

Keadaan cuaca yang terlampau panas telah menyebabkan ribuan burung jatuh dari langit di India.

cuaca terlampau panas, ribuan burung jatuh dari langit

Situasi itu adalah kesan daripada gelombang panas yang melanda negara India hingga menyebabkan suhu mencecah kepada 46 darjah Celsius dan memberi kesan kepada alam sekitar.

.

Menurut laporan, beribu-ribu burung telah mati disebabkan gelombang panas itu dan menyebabkan mereka jatuh dari langit ketika cuaca panas terik.

.

Keadaan ini menyebabkan hospital veterinar di bandar Ahmedabad menjadi sibuk apabila mererima berpuluh-puluh ekor burung untuk rawatan.

.

Doktor dan jururawat di hospital berkenaan turut memberi tablet multivitamin dan menyuntik air ke dalam mulut burung bagi mengelakkan dehidrasi.

.

Menurut Jabatan Meteorologi India, fenomena gelombang haba yang terjadi kini adalah kesan daripada kesan perubahan iklim. Beberapa kawasan di India seperti di New Delhi mencecah sehingga 40 darjah Celsius pada Khamis lalu dan meningkat sehingga Ahad.

.

Sumber: [1]