Virus COVID-19 kini masih melanda seluruh dunia. Selepas lebih setahun sejak bermulanya pandemik, masih ramai yang dijangkiti COVID-19 dengan jumlah jangkitan kini mencecah 176,154,026 individu.
Ia melibatkan berbilion-bilion partikel COVID-19 diseluruh dunia, dengan anggaran berat setiap satu partikel bersamaan satu femtogram atau 0.000 000 000 000 001 gram.
Menurut kajian, jika dihimpunkan setiap partikel aktif virus COVID-19 diseluruh dunia, ia akan mempunyai berat antara sebiji epal dan seorang anak kecil, atau bersamaan 0.1 kilogram hingga 10 kilogram.
Ia berikutan seseorang yang dijangkiti COVID-19 berkemungkinan memiliki antara satu hingga 10 mikrogram koronavirus dalam tubuh mereka.
Bagaimanapun, bagi mengetahui berat keseluruhan virus COVID-19 mungkin dianggap remeh disebabkan jumlah angka korban manusia yang begitu besar akibat pandemik.
Namun, dengan mengetahui bilangan partikel virus aktif, bilangan mutasi yang berlaku daripada satu jangkitan dapat dianggarkan.
Menurut pengkaji, setiap jangkitan boleh menghasilkan 0.1 mutasi dalam genom virus COVID-19. Ia juga bersamaan tiga mutasi dalam tempoh sebulan.
Hasil kajian telah diterbitkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Science.
Sumber: Kosmo!