Berat Badan Mendadak Jika Memiliki Tabiat Ini

berat badan mendadak jika memiliki tabiat ini

Setiap orang mempunyai kadar metabolism yang berbeza. That’s why ada orang yang badannya senang naik dan turun. Namun, walaupun kadar metabolism anda tinggi tidak bermaksud berat badan anda tidak boleh naik mendadak. Baca lebih lanjut untuk ketahui punca atau tabiat makan yang boleh membuatkan badan anda naik mendadak.

  1. Makan terlalu cepat boleh menyebabkan seseorang itu senak dan makanan yang dimakan akan melalui process penghadapan dan pencernaan yang lambat. Makan perlahan-lahan dan benarkan tubuh untuk menikmati makanan. Penghadaman menjadi lambat jika perut anda penuh dengan makanan.

 

  1. Henti minum minuman yang berkarbonat kerana minuman berkabonat mengandungi gula yang sangat banyak dan boleh menyebabkan berat anda bertambah secara mendadak. Cuba tukar minuman berkabonat dengan air yang lebih berkhasiat ataupun just minum air kosong.

 

  1. Kurangkan makan jajan seperti keropok. Makanan seperti ini mengandungi kandungan sodium yang tinggi. Ia menyebabkan kita berasa ketagih dan makan tanpa henti. Tukarkan snek masin kepada kekacang.

 

  1. Makan pada waktu lewat malam juga adalah punca utama berat badan naik mendadak. Sebaiknya makan malam awal, supaya anda memiliki 4 jam penghadaman yang baik sebelum tidur. So jangan la korang ber-supper sangat. Tak elok tu.

 

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: maskulin