Bengkel Ini Bakal Dedah Kemahiran Kulinari Pada Kanak-Kanak Seawal Usia 14 Tahun!

Sinonim dengan harapan setiap kali tibanya Tahun Baharu Cina, Anchor Food Professionals bersama Yayasan Sunbeams akan menganjurkan sebuah bengkel kulinari untuk kanak-kanak yayasan tersebut yang berusia 14 hingga 17 tahun.

bengkel ini bakal dedah kemahiran kulinari pada kanak-kanak seawal usia 14 tahun!

Bengkel ini dijangka dapat menggalakkan serta memperkasakan diri mereka dengan kemahiran insani seperti memasak menerusi kempen #NiuYouNewFortune sempena musim perayaan ini. 

 

Menurut Pengarah Perkhidmatan Makanan Anchor Food Professionals Malaysia, pembelajaran untuk kanak-kanak tidak semestinya perlu dalam bilik darjah sahaja, malah mereka mempunyai cara tersendiri menerusi kempen yang akan dianjurkan ini.

bengkel ini bakal dedah kemahiran kulinari pada kanak-kanak seawal usia 14 tahun!

“Pembelajaran tidak semestinya mengambil tempat di bilik darjah sahaja – dan sempena Tahun Baharu Cina ini, kami ingin menjemput tuah dan peluang-peluang baharu dengan cara kami sendiri menerusi kempen #NiuYouNewFortune.

“Kami berharap kemahiran yang dipelajari oleh kanak-kanak ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian dan juga kerjaya mereka pada masa akan datang.

“Yang pasti, bengkel ini dirumus khas untuk membawakan pengisian yang sarat dengan ilmu dan keseronokan bagi kanak-kanak ini,” demikian menurut Peter Quah, Pengarah Perkhidmatan Makanan, Anchor Food Professionals, Malaysia.

bengkel ini bakal dedah kemahiran kulinari pada kanak-kanak seawal usia 14 tahun!

Tambah Quah lagi, kemahiran pemakanan yang baik dapat membantu kanak-nakak ini maju dari suatu segi. Maka dengan berbekalkan kemahiran kulinari, mereka bakal didedahkan dengan kepentingan pemakanan menerusi pilihan makanan mereka.

bengkel ini bakal dedah kemahiran kulinari pada kanak-kanak seawal usia 14 tahun!

Bengkel tersebut akan dijalankan dari Januari hingga April 2023, meliputi sesi dekorasi biskut, membuat pastri dan makanan panas seperti pasta dan sup, selain dapat mempelajari pelbagai teknik masakan di bawah penyeliaan cef-cef profesional. Setelah kanak-kanak ini selesai menjalani bengkel tersebut, mereka akan menerima sijil penyertaan bagi mengiktiraf penglibatan mereka dalam program khas ini.