Belum Tamat Isu COVID-19, India Dilanda Taufan Kuat Tauktae Pula

Tatkala mereka masih lagi bergelut dengan isu COVID-19 yang kian kritikal, negara India baru-baru ini dilanda pula dengan satu kejadian ribut siklon besar hingga mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang.

belum tamat isu covid-19, india dilanda taufan kuat tauktae pula

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Isnin lalu di Lautan Arab, menuju ke pantai barat India ketika Mumbai menyaksikan hujan lebat yang berterusan.

Siklon Tauktae yang telah mengorbankan enam orang di selatan India, dijangka membadai bahagian Gujarat dengan kelajuan angin sepantas 175 kilometer sejam.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi India, difahamkan angin kencang dan hujan lebat tersebut sudah pun membadai bandar pesisir barat India, Mumbai.

Memang sudah diketahui umum bahawa kawasan pantai barat India sering dibadai taufan luar biasa, akan tetapi, keadaan perubahan iklim baru-baru ini menjadikannya lebih kuat berbanding kebiasaan.

Pada Mei tahun lalu, hampir 100 mangsa terkorban akibat dilanda Taufan Amphan yang digelar sebagai ribut paling teruk yang pernah melanda timur India dalam tempoh sedekad.

 

Sinonim: [1]