Belum Dapat Sijil Digital? Sabar, MySejahtera Sedang Dikemaskini

Semakin hari kita makin hampir dengan sasaran imuniti kelompok 80 peratus penduduk dewasa lengkap divaksin.

Setakat ni, lebih 70 peratus populasi dah lengkap divaksin, lagi sikitttt je lagi nak sampai target.

belum dapat sijil digital? sabar, mysejahtera sedang dikemaskini

Satu pencapaian yang amat membanggakan!

Kalau dah terima 2 dos vaksin, sijil digital akan terpapar di aplikasi MySejahtera, lepastu boleh la gunakan sijil tu sebagai “pas masuk” untuk dapat kelonggaran yang diberikan kerajaan.

Tapi, baru-baru ni ada yang risau bila sijil digital tak update dalam MySejahtera walaupun dah lengkap divaksin.

belum dapat sijil digital? sabar, mysejahtera sedang dikemaskini

Jangan risau, pihak MySejahtera sedang selesaikan masalah itu dan mungkin ambil masa dalam seminggu.

Buat sementara waktu ni, mereka yang dah lengkap divaksin boleh guna kad fizikal vaksin sebagai bukti untuk dine in, rentas daerah dan kelonggaran lain.

Mereka yang berada di Selangor dan terima vaksinasi melalui Program SELvac, boleh je guna sijil digital dalam aplikasi SELangkah.

Tapi ni untuk sementara waktu je tau sampai sijil digital dah update dalam MySejahtera.

belum dapat sijil digital? sabar, mysejahtera sedang dikemaskini

Ingat, gunakan kemudahan yang disediakan kerajaan dengan sebaiknya, jangan tipu-tipu pulak!

Yang belum divaksin, tunggu apa lagi? Dapatkan vaksin segera, sama-sama kita lindung diri, lindung semua 😊

 

Oleh: Izzati Amir