Pembukaan semula bandar raya Bangkok kepada para pelancong yang telah menerima suntikan dua dos sepatutnya bermula 1 Oktober.
Ia bagaimanapun ditunda kepada 15 Oktober berikutan belum mencapai sasaran kadar vaksinasi.
Menurut Menteri Pelancongan dan Sukan Phiphat Ratchakitprakarn, setakat ini hanya kira-kira 37% penduduk Bangkok telah lengkap dua dos vaksin COVID-19, sedikit tersasar dari jumlah yang ditetapkan iaitu 70%.
“Sebanyak 33% lagi penduduk bandar raya ini dijadualkan menerima dos kedua vaksin AstraZeneca selepas selang masa antara lapan dan 12 minggu,” katanya.
Penangguhan tersebut dilakukan setelah Phiphat dan Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang mengadakan perbincangan berhubung pembukaan semula Bangkok dan empat wilayah lain iaitu Chonburi, Phetchaburi, Prachuap Khiri Khan dan Chiang Mai.
Berikutan ramai pelancong memilih untuk mengunjungi Bangkok sebelum berangkat ke wilayah lain, Phiphat menambah, kementerian negara itu akan melancarkan program perintis bagi membolehkan para pelancong tinggal di bandar raya itu selama tujuh hari sebelum mereka melakukan perjalanan ke lapan wilayah lain iaitu Pattaya, Chiang Mai, Hua Hin, Cha-am, Phuket, Koh Samui, Krabi dan Phang Nga.
Dalam tempoh 24 jam terakhir, Thailand merekodkan 13,897 kes baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu sebanyak 1,434, 237.
Sumber: [1]