Beli Kereta Melalui Laman Web, Lelaki Ini Tersalah Beli 28 Buah Tesla

beli kereta melalui laman web, lelaki ini tersalah beli 28 buah tesla

Sekarang ni semua benda nak online je kan? Bukan setakat benda-benda kecil tapi rumah, tanah dan kereta pun dah ada jualan secara online.

Bagaimanapun, seorang lelaki di Berlin secara tidak sengaja telah membeli 28 buah kereta Tesla dengan jumlah lebih kurang RM6.78 juta! Wow banyak tu!.

Mengikut Inquirer.net kesalahan tersebut berlaku pada 17 Jun lalu dan perkara itu dikongsi oleh anak lelaki terbabit dalam satu forum atas talian.

Pada asalnya, lelaki itu hanya mahu membeli sebuah kereta elektrik mampu milik dan membayar wang pendahuluan berjumlah RM13,512.

Lelaki tersebut membuat pembelian melalui laman web. Bagaimanapun, terdapat kesilapan kecil sehinggakan tempahannya dilakukans sebanyak 28 kali.

Wow, banyaknyaaaa!

Sumber: Harian Metro