Belgium Arah Kuarantin 3 Minggu Bagi Pesakit Cacar Monyet

Belgium menjadi negara pertama di dunia yang mewajibkan kuarantin terhadap individu yang mengalami jangkitan monkeypox.

belgium arah kuarantin 3 minggu bagi pesakit cacar monyet

Berdasarkan undang-undang baru itu, mereka yang diuji positif di negara itu dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari bagi mengekang penularan penyakit tersebut.

20 Mei lalu, Belgium mengesan kes pertama sebelum dua lagi disahkan, disusuli dengan yang keempat pada 21 Mei.

Setakat hujung minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan terdapat 92 kes setakat ini 12 negara berbeza termasuk Australia, Belgium, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Portugal, Sepanyol, Sweden, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat.

Sejak itu, kes baru turut dikesan di Israel, Austria dan Switzerland.

Sementara itu, di UK, Dr Hopkins dari Agensi Kesihatan Awam England mendedahkan bahawa pihak berkuasa mengesan lebih banyak kes baru setiap hari.


Sumber: [1]