Belajar Lebih Mudah Dan Menghiburkan Dengan SMK Study Squad: Live!

Terfikirkan cara untuk menarik anak-anak belajar dalam persekitaran yang menghiburkan?

belajar lebih mudah dan menghiburkan dengan smk study squad: live!

Mudah jawapannya.

Temui ilmu baru dalam SMK Study Squad: LIVE, sebuah rancangan bersifat edutainment interaktif yang bakal membawa para penonton mengembara lebih mendalam dengan subjek Matematik, Sains dan Sejarah.

SMK Study Squad: LIVE merupakan kesinambungan daripada SMK Study Squad, sebuah program akademik yang merekodkan pencapaiannya yang tersendiri apabila berjaya mengumpulkan lebih daripada 2.6 juta tontonan sejak pertama kali dilancarkan pada Januari 2021.

Menariknya, penonton bakal memperoleh peluang untuk berinteraksi dengan barisan tonggak utama SMK Study Squad sendiri seperti bintang pop cilik Wafiq Erissa, Cik B dan Zaki Yamani serta tidak ketinggalan, barisan guru yang berpengalaman luas dalam bidang pengajaran menerusi siaran langsung!

Caranya, penonton hanya perlu mengemukakan soalan mereka menerusi Upped yang mana akses kepada laman web terbabit adalah percuma untuk semua!

Selain itu, pelbagai petua dan teknik menjawab peperiksaan dengan betul bakal didedahkan kepada para penonton sepanjang berlangsungnya program ini, bertujuan untuk membantu golongan pelajar dengan silibus masing-masing.

Turut menarik perhatian, barisan tunggak utama SMK Study Squad bakal bergabung dengan pasukan masing-masing untuk bertarung dalam Segmen Kuiz yang mana kesemua mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang mencabar minda.

Tidak ketinggalan, penonton turut diberi peluang untuk menjawab soalan yang sama dengan rakan-rakan mereka menerusi laman rasmi Upped yang mana, mereka juga boleh berkongsi skor yang diperoleh bersama sahabat handai dan ahli keluarga!

SMK Study Squad: LIVE bakal ke udara bermula 22 Mac hingga 24 Mac jam 3 petang di Tutor TV Astro, saluran 602.

Anda juga boleh menonton program ini di Astro GO dan On Demand.

ARTIKEL BERKAITAN