Bekas Pesakit COVID-19 Tidak Lagi Kebal, Boleh Dijangkiti Semula Dalam Tempoh 3 Bulan

Bekas pesakit COVID-19 tidak lagi ‘kebal’ dalam masa tiga bulan dan berupaya untuk dijangkiti semula oleh virus tersebut dalam tempoh terbabit.

bekas pesakit covid-19 tidak lagi kebal, boleh dijangkiti semula dalam tempoh 3 bulan

Berdasarkan kajian yang dilakukan di Denmark, seramai 17 daripada 64 individu mengalami jangkitan semula dalam tempoh 20 hari.

Selain Denmark, jangkitan semula itu juga dikesan menjadi trend di United Kingdom dan Amerika Syarikat setakat ini.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang dijangkiti semula dalam tempoh itu dilaporkan hanya mengalami gejala sederhana dan hanya perlu isolasi sahaja.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji kes jangkitan semula tersebut terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, setakat ini tiada vaksin yang mampu mencegah jangkitan semula COVID-19.


Sumber: [1]