Bekas Anggota f(x), Luna Bakal Buat Penampilan Sulung Di Pentas Broadway Dengan Muzikal KPOP

Bekas ahli kumpulan K-Pop f(x), Luna akan membuat debutnya di Broadway dalam muzikal “KPOP” yang bakal ditayangkan pada musim gugur ini.

bekas anggota f(x), luna bakal buat penampilan sulung di pentas broadway dengan muzikal kpop

Tayangan perdana muzikal Broadway itu diumumkan pada hari Rabu di Pusat Kebudayaan Korea New York di Midtown, disertai  kehadiran Luna dan pencipta rancangan itu sendiri.

Menurut laman web rasmi muzikal itu, “KPOP” mengisahkan beberapa bintang K-Pop yang bersiap sedia untuk membuat persembahan di konsert satu malam.

Namun, perjuangan dalaman seorang bintang, yang dimainkan oleh Luna, mengancam untuk memusnahkan label terbesar dalam industri.

Luna, yang sebelum ini pernah membintangi produksi Korea “Mamma Mia” dan “In the Heights”, menyatakan keterujaannya untuk peranannya dalam muzik yang akan datang ketika sidang media pada Rabu lalu sambil menyifatkan ia sebagai satu “penghormatan dalam hidupnya”.

“Sesiapa yang mengikuti kerjaya saya tahu bahawa teater muzikal sentiasa menjadi minat saya,” kata Luna.

“Broadway mewakili kemuncak pencapaian dalam profesion saya, jadi dapat membawa budaya saya - bentuk seni Korea ini - kepada peminat yang berkumpul di sini dari seluruh dunia untuk melihat persembahan Broadway adalah penghormatan dalam hidup saya.”

Muzikal tersebut, digubah oleh Helen Park dan Max Vernon dan akan diarahkan oleh Teddy Bergman serta diterbitkan oleh Tim Forbes dan Joey Parnes.

“KPOP” dijangka memulakan pratontonnya pada 13 Oktober tahun ini sebelum dibuka secara rasmi di Circle in the Square Theatre pada 20 November di New York City.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN