Bekalan Komputer Dijangka Berkurangan Seluruh Dunia

Dunia mungkin berdepan dengan kekurangan bekalan komputer antara bulan Mei dan Jun tahun ini.

bekalan komputer dijangka berkurangan seluruh dunia

Perkara itu dinyatakan pekerja-pekerja sektor teknologi maklumat, ekoran daripada impak wabak COVID-19 terhadap pengilang di China.

.

Menurut Ketua Jualan dan Pemasaran Advice, Chukrit Watcharasaksip berkata, harga komputer juga akan meningkat jika perintah berkurung akibat COVID-19 dan perang Rusia-Ukraine berterusan.

.

“Sekiranya perintah berkurung di China berterusan, ditambah pula dengan perang Rusia-Ukraine yang berlanjutan, kita akan melihat harga komputer meningkat pada pertengahan tahun ini,” katanya.

.

Syarikat Advice merupakan salah satu syarikat pengedar teknologi maklumat di Bangkok, Thailand, kini hanya mempunyai bekalan mencukupi untuk dua hingga tiga bulan.

.

Seorang lagi ketua pembangunan perniagaan teknologi maklumat berkata, impak daripada perintah berkurung yang dilaksanakan China akan berlarutan satu hingga dua bulan.

.

“Masih terdapat permintaan tinggi untuk komputer riba dan komputer pasang sendiri untuk mereka yang bekerja dari rumah atau belajar secara online,” katanya.

.

Meskipun terdapat permintaan tinggi terhadap komputer ketika pandemik COVID-19 ekoran pelaksanaan bekerja dan belajar dari rumah, namun krisis Rusia-Ukraine telah mengakibatkan rangkaian bekalan terjejas teruk.

.

Sumber: [1]