Penduduk di Indonesia kini runsing selepas mi segera terkenal di negara itu, iaitu Indomie semakin sukar didapati di kebanyakan kedai runcit dan pasar raya sejak minggu lalu.
Keadaan itu juga meresahkan banyak pasar raya kerana jenama berkenaan menjadi pilihan utama rakyat Indonesia berbanding dengan jenama mi segera yang lain.
.
Menurut seorang pekerja pasar raya di Medan, hampir kesemua kedai runcit dan pasar raya kini kehabisan stok Indomie, jika ada pun stok sudah tidak terlalu banyak.
Menurutnya, situasi ini terjadi kerana mereka sudah tidak menerima penghantaran stok baharu Indomie sejak beberapa minggu lalu, mungkin disebabkan oleh peperangan di Ukraine memandangkan negara itu merupakan pembekal terbesar gandum ke Indonesia.
.
Meskipun kesan peperangan itu terhadap bekalan gandum masih belum dikenal pasti, ia secara tidak langsung telah menyebabkan bekalan mi segera ini semakin sukar diperolehi.
Selain Ukraine, Argentina dan Australia turut menjadi pembekal gandum kepada Indonesia.
.
Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberi amaran mengenai kenaikan harga makanan global susulan peperangan yang berlaku. Justeru beliau menggesa pasaraya tempatan menguruskan harga dengan baik agar tidak membebankan rakyat.
.
Sumber: [1]