Bekalan Elektrik Terputus, Pasangan Adik-Beradik Di India Tersilap Kahwin Pasangan Masing-Masing!

Dua pasangan di India telah diminta untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka semula selepas berkahwin dengan pasangan yang salah.

bekalan elektrik terputus, pasangan adik-beradik di india tersilap kahwin pasangan masing-masing!

Insiden itu berlaku selepas berlakunya gangguan bekalan elektrik di lokasi upacara itu berlangsung, lapor India Today.

Menurut portal itu, adik-beradik itu, Nikita dan Karishma sepatutnya mengikat tali pertunangan dengan Bhola dan Ganesh.

Memandangkan pengantin perempuan memakai gaun pengantin yang sama, tiada sesiapa yang menyedari insiden itu terjadi sehingga majlis tersebut selesai.

Selepas perbincangan ringkas, pasangan itu diminta untuk melaksanakan upacara itu semula.


Sumber: [1]