Musim durian kembali lagi. Kalau buka media sosial, pasti akan lalu sekeping dua gambar atau video orang pergi makan durian. Zaman sekarang ni pula dah ada macam-macam jenis durian, jadi memang sukalah mereka yang memang obsess dengan buah durian ni.
Bagi mereka yang fanatic dengan raja buah ini, sebuah kedai di Thailand telah menghasilkan sling bag berbentuk buah ini. Bukan printed gambar durian tau tapi 3D punya konsep. Jadi, memang ada duri dan ciri-ciri sebuah durian. Kalau korang tengok sekilas pandang, mesti tak dapat nak beza antara buah sebenar atau bag.
Bukan tu je, Farmrak juga menghasilkan beg-beg unik yang lain seperti bag ikan masin, bag buah-buahan dan sebagainya.
Sumber: , Farmrak