Pada 23 September 2021, iaitu hari Khamis ini beberapa kawasan di dunia akan mengalami satu fenomena dimana bayang-bayang tidak kelihatan pada waktu tengah hari.
Ia disebabkan fenomena Ekuinoks, iaitu keadaan apabila matahari berada betul-betul atas garisan Khatulistiwa dalam tempoh sehari bermula jam 3.21 pagi.
Menurut satu kenyataan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, dalam tempoh tersebut seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam dan suhu Bumi juga meningkat.
Semasa fenomena ini berlaku, kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti dl Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengahari tanpa bayang kerana Matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut.
Bagi fenomena ekuinoks di Malaysia, kebiasaan suhu dijangka antara 30 dan 35 darjah Celsius.
Sumber: MOSTI