Bayi Usia Sehari Ditemui Kelaparan Hisap Jari Bawah Runtuhan Masjid

Seorang bayi baru dilahirkan telah ditemui di bawah runtuhan sebuah masjid ketika askar Israel mengepung wilayah Palestin.

bayi usia sehari ditemui kelaparan hisap jari bawah runtuhan masjid

Menurut laporan, ketika pengeboman berterusan sedang berlaku, bayi lelaki dipercayai berusia sehari atau dua hari itu dikejarkan ke Hospital Al-Shifa.

 

Bayi itu ditemui kelaparan sambil menghisap jarinya dibawah timbunan batu runtuhan masjid, sebelum diselamatkan pasukan penyelamat.

 

Bayi itu kemudian dilihat didukung seorang kakitangan kesihatan sambil dipakaikan baju berwarna putih.

 

Menerusi video yang disiarkan Sky News, bayi itu dilihat menghisap jari kecilnya kerana kelaparan dengan mata yang masih tertutup.

“Dia ditemui oleh pemandu ambulans pagi ini (kelmarin) berdekatan sebuah masjid yang dibom.

“Kami tidak tahu sama ada keluarganya masih hidup atau sebaliknya. Bayi itu kini dijaga oleh Ketua Unit Rawatan Rapi Neonatal, Dr. Nasser Bulbul,” kata seorang doktor di Hospital Al-Shifa.

 

Bagaimanapun ahli keluarga bayi itu masih tidak diketahui sehingga artikel ini ditulis.

 

Di hospital yang sama, empat lagi bayi yang baru dilahirkan telah dijaga pihak hospital kerana ahli keluarga mereka terbunuh atau masih hilang.

bayi usia sehari ditemui kelaparan hisap jari bawah runtuhan masjid

Sumber: Kosmo!