Berapa Income Boleh Dapat Dari TikTok? Bayaran Tiap Post Didedahkan!

Aplikasi TikTok kini merupakan salah satu aplikasi popular di dunia dan ia telah mengubah kehidupan ramai orang.

berapa income boleh dapat dari tiktok? bayaran tiap post didedahkan!

Menurut HypeAuditor, @ariff__fikri merupakan akaun Tiktok paling ramai pengikut di Malaysia dengan 1.2 juta, diikuti @mijangggg (108.8 ribu), @aerilzafrel8 (1.6 juta), @isaisarbofficial (588.6 ribu) dan @sofyank96 (2.1 juta).

berapa income boleh dapat dari tiktok? bayaran tiap post didedahkan!

Persoalannya, berapa income yang boleh mereka terima daripada akaun Tiktok mereka ini?

 

Bayaran di aplikasi Tiktok bergantung kepada beberapa faktor. Jumlah pengikut adalah faktor terbesar sebelum sesuatu jenama sanggup menjual barangan mereka kepada sesuatu akaun Tiktok.

 

Influencer Marketing Hub telah mencipta alat bagi mengukur anggaran bayaran yang diterima pengguna Tiktok bagi setiap pos yang dibuat mereka.

 

Misalnya, jika kita masukkan 224,000 jumlah like dan 2.1 juta jumlah pengikut dari akaun @sofyank96 dalam kotak yang disediakan, anggaran bayaran untuk setiap post di Tiktok beliau adalah antara $3,360 - $5,040 atau RM14,016.24 hingga RM21,024.36!

berapa income boleh dapat dari tiktok? bayaran tiap post didedahkan!

Semak disini: Tiktok Money Calculator

 

Jadi bayangkan jika lebih banyak bilangan pengikut dan jumlah like untuk akaun Tiktok, maka lebih tinggilah bayaran yang akan diterima.

 

Lebih menarik, jika anda layak anda boleh menyertai Tiktok Creator Fund dan Tiktok akan membayar setiap kandungan yang anda cipta.

berapa income boleh dapat dari tiktok? bayaran tiap post didedahkan!

Namun bayaran yang akan diterima tidaklah sebanyak yang disangka, hanya sekitar dua hingga empat sen bagi setiap 1,000 tontonan di Tiktok.

 

Sumber: [1]