Tiada Lagi Bayaran Tunai, Hospital & Klinik Kerajaan Hanya Terima Bayaran 'Cashless' Tak Lama Lagi

Bermula 1 Oktober ini, semua kemudahan Kementerian Kesihatan termasuk klinik dan hospital hanya akan menerima pembayaran tanpa tunai melalui kad debit, kad kredit dan e-wallet.

tiada lagi bayaran tunai, hospital & klinik kerajaan hanya terima bayaran 'cashless' tak lama lagi

Menurut pekeliling Kementerian Kesihatan, pelanggan hanya dibenarkan membayar dengan tunai jika individu tersebut tidak mempunyai akaun bank atau akses kepada pembayaran tanpa tunai.

Menurut Ketua Setiausaha (KSU) KKM, Datuk Harjeet Singh, langkah tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko ketirisan melibatkan dana awam, memudahkan proses pembayaran dan mengurangkan pendedahan kepada COVID-19 serta mengurangkan kos dalam proses kutipan hasil..

Tambah beliau, kementerian menjangkakan 95 peratus transaksi di hospital dan klinik kerajaan akan ditukar menjadi tanpa tunai menjelang akhir tahun ini.

 

Sumber: The Star