Berjaya Bawa Hamster Hidup Ke Sempadan Angkasa, Kajian Ini Buktikan Manusia Juga Boleh

Sejak dahulu lagi, manusia mencuba pelbagai eksperimen dan kajian melibatkan ruang angkasa lepas bagi meneroka lebih banyak peluang untuk hidup dan tinggal disana.

.

Kajian yang memakan masa bertahun-tahun lamanya turut melibatkan haiwan sebagai subjek untuk melihat sama ada mereka mampu untuk bertahan dan kekal hidup pada ruangan tertentu di angkasa.

.

Sama kisahnya dengan seekor hamster yang dihantar ke ruang angkasa menggunakan belon terbang bagi melihat kemungkinan untuk manusia hidup pada lingkungan kawasan stratosfera Bumi, dan berjaya kembali ke Bumi hidup-hidup.

berjaya bawa hamster hidup ke sempadan angkasa, kajian ini buktikan manusia juga boleh

Syarikat KK Iwaya Giken yang bertempat di Sapporo, Jepun, telah mereka bentuk kabin khas bagi menempatkan hamster tersebut dengan selesa untuk ke ruangan angkasa lepas.

.

Hamster itu dilepaskan dari Miyakojima pada 9 Jun lalu dan mencapai ketinggian 23 kilometer tinggi dalam masa sejam dengan kelajuan 6.3 meter sesaat.

.

Sensor pengesan juga ditempatkan dalam kabin tersebut bagi memerhatikan kadar oksigen, suhu dan tekanan.

.

Selepas mencapai ketinggian itu pada kawasan yang disebut sebagai stratosfera, kabin yang membawa hamster tersebut akhirnya turun dengan selamat dan mendarat di kawasan laut dekat dengan Pulau Miyako, Jepun.

.

Hamster itu juga dalam keadaan cukup baik dan sihat selepas ia sampai ke Bumi. Eksperimen ini jelas menunjukkan kemungkinan untuk membawa manusia menjelajah ruangan angkasa dengan menggunakan kapal khas atau belon terbang pada masa akan datang.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN