Awas, Hidu Air Kencing Tidak Akan Sembuhkan Resdung Atau Sakit Kepala!

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan cadangan untuk menghidu air kencing bagi tujuan menyembuhkan penyakit resdung.

awas, hidu air kencing tidak akan sembuhkan resdung atau sakit kepala!

Amaran itu dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Perubatan Thailand sambil berkata tiada bukti semasa yang boleh dipercayai untuk menyokong dakwaan bahawa bau air kencing mampu menyembuhkan resdung atau sakit kepala.

 

Malah, tindakan itu juga akan membahayakan kesihatan, demikian menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

 

Cadangan mengarut itu tular selepas seorang pakar yoga mendakwa tidak pernah mengalami selesema sejak 20 tahun lalu selepas beliau memasukkan air kencing dalam lubang hidungnya setiap kali ke tandas. Ujar pakar yoga itu lagi, beliau akan minum secawan air kencing bagi menyembuhkan segala penyakit.

 

Ekoran itu, jabatan perubatan Thailand itu sekali lagi menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan perkara tersebut di media sosial dan melabelkan dakwaan pakar yoga itu sebagai berita palsu.

 

Sumber: The Thaiger