Basuh Telekung Seeloknya Guna Tangan Atau Mesin?

Telekung merupakan satu komponen yang penting buat kaum Hawa kerana ia merupakan pakaian yang digunakan ketika menunaikan solat.

basuh telekung seeloknya guna tangan atau mesin?

Jadi amatlah penting untuk kita menitikberatkan soal kebersihan telekung baik dari pemakaiannya hinggalah kepada cara mencucinya agar ia sentiasa bersih dan terhalang daripada najis.

.

Disebabkan itu, ramai yang sanggup membasuh telekung dengan menggunakan tangan kerana was-was dengan kebersihan mesin basuh sedia ada, khasnya di dobi yang digunakan ramai orang.

basuh telekung seeloknya guna tangan atau mesin?

Persoalannya, bolehkah kita mencuci telekung menggunakan mesin basuh?

.

Bagi menjawab persoalan itu, kita bebalik kepada asas dalam Islam untuk bersuci daripada najis yang zahir ialah ia disucikan hingga hilangnya bau, rasa dan warnanya sama ada dibasuh menggunakan tangan ataupun mesin basuh.

.

Jika mesin basuh itu tidak mengalirkan air sama ada dari jenis manual mahupun automatik, maka adalah lebih baik telekung itu dibasuh terlebih dahulu hingga hilang najis yang terzahir, kemudian dibasuh menggunakan mesin basuh.

basuh telekung seeloknya guna tangan atau mesin?

Namun, jika mesin basuh itu mengalir airnya, sama ada daripada jenis manual atau automatik, maka dengan proses dibilas berkali-kali itu, ia dianggap suci iaitu kembali kepada kaedah asas bersuci iaitu hingga hilang bau, rasa dan warna najis.

.

Justeru, perlulah diingatkan kemudahan moden sememangnya boleh membantu manusia dalam kehidupan seharian, asalkan ia bertepatan dengan hukum fiqh.

.

Sumber: Ustaz Mustafar Mohd Suki, [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN