Kuali adalah perkakas dapur yang sering digunakan oleh mak mak kita atau suri rumah. Selalunya kuali adalah barangan dapur yang dipakai lama, jadi kuali berkerak hitam itu adalah normal. Memang payah nak hilangkan kesan hitam yang degil itu tapi jangan risau, ada cara yang paling mudah. Jom ikut tips ini.
Mesti ramai yang tidak tahu tentang kehebatan cuka dan baking soda yang boleh menanggalkan kerak hitam pada belakang kuali. Confirm korang akan terkesima dengan hasilnya, sangat bersih dan berkilat sehingga buat mak mak kita tersenyum lebar J
Mula mula, bancuh baking powder pekat sikit. Kemudian lumur pada bahagian kuali yang berkeraj. Kemudian curah cuka dan biarkan selama 5 minit. Lepas tu, boleh la tonyoh. Korang akan nampak perbezaan yang ketara sebelum dan selepas. Cara ini sangat mudah dan berkesan. Tak perlu nak pakai sebarang bahan kimia untuk bersihkan kuali yang berkerak.
Harap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda semua. Selamat mencuba.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: Mingguanwanita