Baru 9 Tahun Tapi Dah Jadi Jutawan Melalui YouTube

baru 9 tahun tapi dah jadi jutawan melalui youtube

Baru-baru ini portal Forbes telah menyenaraikan 10 selebriti YouTube yang meraih pendapatan tertinggi. Untuk tahun ketiga, kanak-kanak berusia sembilan tahun telah menjuarai takhta senarai tersebut.

Dengan pendapatan sebanyak $29.5 juta (~RM 119.7 juta) Ryan ToysReview telah mengalahkan YouTuber yang lain dari jumlah pendapatan. Pendapatan Ryan juga dikatakan meningkat dari $26 juta pada tahun lepas ke $29.5 juta untuk tahun ini. WOW!

Berikut merupakan senarai Top-10 YouTuber dengan jumlah pendatan mereka:

Senarai 10 Selebriti YouTuber Terkaya 2019

1.Ryan ToysReview – $29.5 Juta (~RM 119.7 Juta)

2.Mr.Beast – $24 Juta (~RM 97.4Juta)

3. Dude Perfect – $23 juta (~RM93.3 juta)

4.Rhett and Link – $20 Juta (~RM 81.2 Juta)

5.Markiplier – $19.5 Juta (~RM 79.1 Juta)

6.Preston Arsement – $19 Juta (~RM 77.1 Juta)

7.Anastasia Radzinskaya – $18.5 Juta (~RM 75.1 Juta)

8.Blippi – $17 Juta (~RM 69 Juta)

9.David Dobrik – $15.5 Juta (~RM 63.7 Juta)

10.Jeffree Star – $15 Juta (~RM 60.9 Juta)

Sumber: amanz.my