Ini Antara Barangan Yang Tersangkut Dalam Jem Di Terusan Suez

Sejak Selasa lalu, sebuah kapal kontena besar milik Panama tersadai hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas marin yang teruk di Terusan Suez.

ini antara barangan yang tersangkut dalam jem di terusan suez

Ia sekaligus menyebabkan ratusan kapal tersangkut di Terusan Suez dan kawasan sekitarnya selepas laluan perjalanan pengangkutan itu disekat kapal kontena Ever Given, hingga menyebabkan kerugian lebih daripada RM 40 bilion sehari.

ini antara barangan yang tersangkut dalam jem di terusan suez

Mari kita lihat antara barangan yang terperangkap dalam kesesakan marin di Terusan Suez ketika ini:

 

• Syarikat Cotswold yang berpangkalan di UK mempunyai perabot bernilai £ 1.7 juta dengan sekitar 100 kontena yang tersekat.

• Sekurang-kurangnya 20 kapal yang ditunda membawa haiwan ternakan seperti kambing, menimbulkan kebimbangan mengenai kehidupan haiwan tersebut sekiranya sekatan perjalanan ini berlanjutan.

• Terusan ini sangat penting untuk pengangkutan minyak dan gas asli dimana penutupannya mempengaruhi penghantaran minyak dan gas ke Eropah dari Timur Tengah. Pasaran minyak mentah telah menyaksikan kenaikan harga kira-kira 3% setong akibat daripada sekatan berkenaan.

Bekalan bijirin. Lebih daripada 54.1 juta tan bijirin dilalui pada tahun 2019. Beberapa kontena membawa bijirin kini dalam kesesakan.

• Beberapa produk ke Eropah seperti kapas dari India untuk pakaian, petroleum dari Timur Tengah untuk plastik, dan alat ganti dari China juga dipercayai tersekat dalam kesesakan marin ini.

 

Kapal Ever Given mempunyai ukuran 400 meter panjang, mempunyai panjang setinggi Empire State Building dengan berat mencecah 200,000 tan.

ini antara barangan yang tersangkut dalam jem di terusan suez

Ia tersekat pada laluan Terusan Suez pada Selasa pagi, selepas angin kencang dan ribut pasir yang menyebabkan penglihatan terjejas. Bagaimanapun menurut Vesselfinder dan myshiptracking, kapal itu sudahpun mula bergerak semalam.

 

Sumber: Sky News