Lelaki Mati Kesejukan Selepas Beri Selimutnya Kepada Anak

Insiden menyayat hati ini berlaku di Thailand, di mana seorang bapa kepada dua orang anak meninggal dunia akibat kesejukan selepas memberikan selimutnya kepada anak perempuannya yang sedang tidur.

lelaki mati kesejukkan selepas beri selimutnya kepada anak

Prasarn Homethong duda dua anak yang berusia 38, ditemui mati oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun.

Mangsa mungkin mengaggap dia dapat bertahan dengan cuaca sejuk dan memberikan selimut kepada anaknya itu.

lelaki mati kesejukkan selepas beri selimutnya kepada anak

Difahamkan, keadaan rumah yang tak lengkap sepenuhnya, membuat udara sejuk mudah masuk ke rumah mereka. Lebih memilukan lagi, tiga beranak ini dikatakan hanya memiliki 3 helai selimut sahaja.

Kini Thailand di landa cuaca sejuk sehingga Febuari tahun depan. Suhu di kawasan rumah mangsa di wilayah Bueng Kan yang terletak di timur laut Thailand mencecah serendah 9 darjah celcius.

Demi memastikan anaknya tidak kesejukan si bapa sanggup berkorban untuk anaknya. Nampak tak, kasih sayang seorang bapa hingga nyawa.

Sumber:

Siakap Keli, Sinar Harian